Sore ini aku ada acara ulang tahun bersama kawanku mila. Macam biasa, aku datang, salam, makan, minum, bagi hadiah, ambik gambar bersama, dan sembang sembang sikit. Acara berjalan biasa je, seronok juga sebab dah lama tak kumpul ramai ramai macam ni.
Lepas beberapa lama, aku mula rasa macam... dah cukup kot. Perut dah kenyang, haus dah hilang, hadiah dah kasi, gambar dah ambik. Aku tengok sekeliling, ramai masih duduk, sembang, dan nampaknya belum ada tanda tanda nak balik dalam masa terdekat.
Aku mula fikir, "Aku nak balik ke?"
Dulu, situasi macam ni sebenarnya agak susah untuk aku. Kadang kadang bukan sebab aku masih nak stay, tapi sebab rasa segan nak pamit atau takut nampak pelik kalau balik duluan. Pernah juga dulu aku kebablasan balik sebab terlalu lama fikir nak pamit ke tak.
Tapi kali ni rasanya berbeza.
Aku fikir, kalau memang dah rasa penat dan rasa aktiviti utama dah selesai, kenapa perlu paksa diri untuk terus tinggal? Jadi aku pun pamit dekat ibu bapa kawan aku, salam, dan mula bersiap untuk balik.
Masa nak balik, ada kawan tegur, "Kau kok sudah pulang ron? Main main lah sikit, jangan belajar terous!"
Tapi entah kenapa kali ni aku tak terlalu fikir sangat pasal komen tu. Bukan sebab tak peduli kawan, tapi sebab aku rasa aku tahu apa yang aku perlukan waktu tu. Aku cuma nak balik, rehat, dan habiskan petang dengan tenang.
Dan jujur je, masa sampai rumah, perasaan yang paling kuat bukan rasa bersalah atau rasa tertinggal sesuatu.
Tapi rasa lega.
Kadang kadang rasa lega tu datang bukan sebab kita buat keputusan besar. Kadang kadang ia datang sebab untuk sekali sekala, kita berhenti ikut arus dan mula buat keputusan untuk diri sendiri.
Jumat 29 Mei 2026
19:16
No comments:
Post a Comment